Tawaran Menarik!

Resepi Ketam Lemak Cili Api Mudah


Bahan-bahan:

3 ekor ketam saiz sederhana besar - bersihkan, buang perisainya dan belah 2
2 batang serai - diketuk-ketuk
200 ml santan UHT tanpa kolestrol (santan segera kotak kecil)
2 keping asam keping(asam gelugur)
Garam halus secukup rasa


Bahan kisar:
1 biji bawang besar saiz kecil
12 tangkai cili api (lebihkan jika suka pedas)
2 cm kunyit hidup, buang kulitnya
2 sudu makan garam kasar
200 ml air

Cara penyediaan:
  1. Masukkan kesemua bahan kisar ke dalam pengisar (blender). Kisar sehingga halus.
  2. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk bersama dengan serai, santan dan asam keping. Panaskan di atas api sederhana sambil dikacau untuk mengelakkan santan menjadi berketul-ketul.
  3. Setelah bahan-bahan dalam periuk mula mendidih, masukkan ketam. Kacau sekali sekala sehingga ketam masak. Ketam adalah masak setelah warnanya bertukar menjadi warna oren/jingga.
  4. Rasa masin kuah, jika kurang masin, masukkan garam halus secukup rasa. Kacau hingga garam rata. Biarkan mereneh seketika dan tutup api.
Sedia untuk dihidangkan bersama nasi. Sedap juga dimakan bersama sayur salad sebagai ulaman.

Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails