Jom Cantik!

Resepi Sup Tahu Putih



Resepi Sup Tahu Putih
(Soft Bean Curd Soup Recipe - Click here for English)

Bahan-bahan:

1 keping tahu putih
30 gm udang segar saiz kecil — buang kulit
1 ulas bawang putih — ketukkan
1 biji bawang besar — hiris
3 cawan air
Garan dan serbuk lada sulah secukup rasa.
Daun bawang untuk hiasan

Cara Penyediaan:

Potong tahu putih kepada 2 bahagian.
Panaskan 1 sudu makan minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan bawang besar dan goreng hingga layu.
Masukkan air dan garam, kacau dan biarkan hingga mendidih.
Setelah mendidih, masukkan tahu putih dan udang. Biarkan mereneh selama 5 minit lagi.
Tutu api dan hidangkan. Tabur daun bawang dan serbuk lada sulah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails