Tawaran Menarik!

Resepi Udang Goreng Berempah


Resepi Udang Goreng Berempah
(Spicy Fried Prawns Recipe – click here for English)

Bahan-bahan :

500 gms udang saiz sederhana besar — buang kulit dan bersihkan
4 bawang merah - a
2 ulas bawang putih - b
3 cm halia - c
1 cm kunyit – d (a,b,c & d tumbuk bersama-sama)
1 bawang besar — hiris
1 cawan santan pekat — dari ½ biji kelapa parut
1 sudu makan serbuk kari — gaul rata dengan 1 sudu makan serbuk kari
1 tangkai daun kari
1 sudu makan minyal masak
Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga naik bau. Masukkan daun kari.
Masukkan serbuk kari dan kacau sehingga naik baud an terbit mintak, pastikan tidak hangus.
Masukkan bawang besar dan santan kelapa. Masak hingga mendidih.
Masukkan udang dan panaskan hingga masak.
Tutup api dan sedia dihidangkan panas-panas bersama nasi.

Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails