Tawaran Menarik!

Resepi Daging Goreng Daun Bawang



Resepi Daging Goreng Daun Bawang
(Fried Beef With Spring Onion Recipe – click here for English)

Bahan-bahan:

325 gm daging steak
1 sudu teh garam
2 sudu teh kicap cair
Serbuk lada sulah/lada hitam secukup rasa
1 sudu makan tepung ubi
¼ sudu teh soda bikarbonat
8 cm halia muda – hiris nipis
5 batang daun bawang – potong 4 cm panjang
1 biji telur
4 sudu makan minyak masak

Cara penyediaan:

1. Bersihkan daging dan potong nipis.
2. Lumur daging dengan garam, kicap, lada sulah/lada hitam, tepung ubi dan soda bikarbonat rata-rata.
3. Gaul halia dengan secubit garam dan basuh buang garam.
4. Pukul telur dengan lada sulah/lada hitam dan ½ sudu makan minyak masak.
5. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis halia seminit.
6. Masukkan daging, daun bawang dan 1 cawan air. Tutup kuali dan biarkan masak selama 3 minit.
7. Kacau selama beberapa minit. Kecilkan api setelah daging masak (bertukar warna) dan mesra.
8. Buat lubang di tengah-tengah, dan masukkan telur di tengh-tengah. Kacau rata. Tutupa api setelah telur masak.

Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails