Tawaran Menarik!

Resepi Daging Goreng Seleri


Resepi Daging Goreng Seleri


Bahan-bahan:

500 gm daging - hiris nipis
1 batang seleri besar - hiris tebal
1 sudu makan halia - cincang
1 sudu makan cuka
1 sudu makan minyak bijan
1 sudu teh garam
1 sudu teh lada sulah
4 sudu makan air
2 sudu makan minyak masak

Cara penyediaan:

1. Ketuk-ketuk daging supaya lembut dengan menggunakan belakang pisau atau pengetuk daging.
2. Panaskan minyak, goreng daging pada api besar selama 30 saat.
3. Masukkan seleri dan halia. Goreng lagi selama 30 saat.
4. Masukkan air, cuka, minyak bijan, garam dan lada sulah. Kacau dan biarkan mendidih.
5. Kacau rata dan masak sehingga kering.
6. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih.

Selamat mencuba..

No comments:

Related Posts with Thumbnails