Kek Lapis Hari Raya 2014

Resepi Kari Laksa


Resepi Kari Laksa
(Curry Laksa Recipe - click here for English)

Bahan-bahan:

250 gm mi kuning
4 sudu makan minyak masak
3 bawang merah - hiris
1 cm halia - hiris
1 cili merah - hiris
1 cili hijau - hiris
150 gm udang - buang kulit dan bersihkan
100 gm isi kerang
100 gm bebola ikan
4 cups santan pekat
100 gm taugeh
2 sudu makan serbuk kari
1 ikat daun kesum
Garam secukup rasa

Cara Penyediaan

Celur mi ke dalam air panas. Toskan dan gaul rata dengan 1 sudu minyak.

Panaskan 3 sudu minyak. Tumis bawang merah dan halia hingga naik bau.
Masukkan serbuk kari dan tumis lagi hingga naik bau kari.
Masukkan halia, udang dan semua cili. Goreng selama 3 minit.

Masukkan santan dan biarkan mendidih.

Masukkan isi keang dan bebola ikan. Masukkan garam secukup rasa.

Akhir sekali masukkan daun kesum dan taugeh.

Untuk hidangan, masukkan mi ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah kari bersama isi ke dalamnya.

Selamat mencuba.

1 comment:

Admin said...

GREAT JOB! LUV YOUR WORKS HERE..

Related Posts with Thumbnails