Jom Cantik!

Resepi mee telur dan daging cincang




Resepi mee telur dan daging cincang
(Egg Noodles and Minced Beef Recipe – click here for English)

Bahan-bahan :

120 gm cendawan hitam
1 sudu teh minyak bijan
3 ulas bawang putih - tumbuk
2 cm halia – tumbuk
3 bawang merah - tumbuk
600 gm mee telur (egg noodles)
1 lada bengala
360 gm daging cincang
2 sudu makan sos putih (* lihat resepi di bawah)
1 tangkai daun bawang
2 tangkai cili merah
Garam secukup rasa
2 sudu makan minyak masak

Cara penyediaan:
1. Rendam cendawan dan hiris nipis. Hiris nipis cili merah juga.
2. Panaskan minyak dan goreng daging cincang selama 2 minit. Angkat dan ketepikan.
3. Dengan minyak yang sama, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cendawan. 4. Masukkan daging cincang, daun bawang dan garam.
5. Masukkan sos putih dan renehkan selama 5 minit.
6. Celur mee telur dan curahkan bahan yang telah digoreng ke atas mee.
7. Hidangkan panas-panas.

*Resepi sos putih
2 sudu makan mentega
2 sudu makan tepung gandum
¼ sudu the garam
1 cawan susu

Cairkan mentega di dalam periuk kecil di atas api kecil.
Masukkan tepung dan gaul rata. Masukkan garam dan teruskan pemanasan di atas api kecil selama 4-5 minit.
Perlahan-lahan masukkan susu dan kacau berterusan sehingga pekat.

No comments:

Related Posts with Thumbnails