Jubah Baru

Resepi Rasam (kuah lada hitam)


Resepi Rasam (kuah lada hitam)

(Rasam Recipe – click here for English)

Bahan-bahan:

1 sudu makan asam jawa

1 ulas bawang putih

½ sudu teh lada hitam - tumbuk

1 sudu teh jintan manis - tumbuk

4 cawan air

2 sudu teh garam

2 sudu makan daun ketumbar cincang

1 tomato — belah 4

2 sudu teh minyak masak

1 sudu teh biji sawi

8 tangkai daun kari

Cara Penyediaan:


1. Bancuh asam jawa dengan air dan tapis.

2. Masukkan air asam jawa, bawang putih, lada hitam, jintan, tomato, air, garam dan ketumbar ke dalam periuk dan biarkan mendidih.

3. Kecilkan api. Renehkan selama 10 minit.

4. Dalam periuk lain, panaskan minyak dan goreng biji sawi bersama daun kari sehingga daun bertukar menjadi kecoklatan.

5. Masukkan campuran air lada hitam tadi dan sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails