Jom Cantik!

Resepi Sup Labu Ala Barat


Resepi Sup Labu Ala Barat

(Butternut Squash Soup Recipe – Click here for English)

Bahan-bahan:

1 biji labu saiz besar (anggaran 6 cawan)
5 kiub pati ayam
1 biji bawang besar – hiris
1 sudu makan minyak zaitun
½ cawan krim
4 cawan air
Garam dan lada sulah secukup rasa
Buah pala (pilihan)
Daun parsley untuk hiasan (pilihan)
Roti bakar bawang putih (garlic toast) - (pilihan)


Cara penyediaan:

1. Basuh dan belah labu kepada 2 bahagian.

2. Letakkan labu di atas kertas timah dengan permukaan yang dipotong pada bahagian bawah. Bakar di dalam ketuhat selama 45 minit pada suhu 350°F. Setelah masak, korek isi labu dan ketepikan.

3. Dalam periuk besar, panaskan minyak zaitun dan tumis bawang merah hingga lembut. Masukkan isi labu, air, kiub ayam, buah pala, garam dan lada sulah secukup rasa.

4. Renehkan dan masak selama ½ jam atau sehingga labu masak sepenuhnya. Tutup api.

5. Masukkan labu yang telah dimasak ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus. Masukkan semula ke dalam periuk.

6. Panaskan bersama krim sebelum dihidangkan. Jangan panaskan hingga mendidih.

7. Hiaskan dengan daun parsley dan hidangkan bersama roti bakar bawang putih (garlic toast).

No comments:

Related Posts with Thumbnails