Tawaran Menarik!

Resepi taugeh dan cendawan


Resepi taugeh dan cendawan


Bahan-bahan:

300 gm taugeh
200 gm udang – buang kulit dan bersihkan
3 tangkai daun bawang
2 ulas bawang putih - ketuk
1 tangkai cili merah - dihiris
3 sudu makan minyak masak
1 sudu teh garam
6 keping cendawan cina – rendam dan hiris

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih hingga keemasan.
2. Masukkan udang dan goreng hingga masak (bertukar warna menjadi putih kemerahan).
3. Masukkan taugeh, cendawan dan daun bawang. Kacau rata.
4. Goreng selama ½ minit.
5. Masukkan garam dan hidangkan bersama hirisan cili.

No comments:

Related Posts with Thumbnails