Jubah Baru

Resepi Telur Dadar Asparagus



Resepi Telur Dadar Asparagus
(Asparagus Omelet Recipe - click here for English)

Bahan-bahan:

3 biji telur
6 batang Asparagus
1 sudu makan keju Parmesan - parut (atau 1 sudu makan keju cheddar)
1/2 sudu makan minyak zaitun
1 sudu makan jus perahan limau nipis
Garam dan lada sulah secukup rasa


Cara penyediaan:

1. Panaskan ketuhar kepada400 F (200 C). Masukkan loyang tahan panas yang telah dilumur dengan 1/2 sudu makan minyak zaitun ke dalam ketuhar.

2. Potong asparagus dan buang bahagian bawah yang keras.

3. Celur asparagus selama 5 minit atau sehingga lembut. Boleh juga rebus asparagus dengan sedikit garam. Potong asparagus 2 cm (1 inchi) panjang.

4. Sementara itu, pukul telur, keju, garam dan lada sulah sehingga mesra.

5. Keluarkan loyang yang dipanaskan dari ketuhar. Pindahkan asparagus ke dalam loyang. Tuangkan campuran telur ke atas asparagus.

6. Masukkan loyang ke dalam ketuhar semula. Panaskan selama 10 minit atau sehingga telur masak.

7. Sedia dihidangkan dengan perahan limau nipis.

Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails