Tawaran Menarik!

Resepi Kari Bebola Daging

Resepi Kari Bebola Daging
Bahan-bahan:
Bebola Daging:
750 gram daging cincang
1 bawang besar — cincang halus
1 ulas bawang putih — pecahkan
3 cm halia — sagat halus
1 tangkai lada merah atau hijau – buang biji dan cincang halus
3 sudu makan daun ketumbar atau pudina - cincang
1 ½ sudu teh garam
1 sudu teh garam masala
Kari:
3 sudu makan minyak sapi
2 bawang besar — cincang halus
1 ulas bawang putih — cincang halus
3 cm piece fresh ginger — cincang halus
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam masala
1 sudu teh serbuk cili
2 buah tomato — belah 4
1 sudu teh garam
2 sudu makan daun ketumbar atau pudina - cincang
Jus limau nipis atau lemon – kemasaman ikut rasa
Cara Penyediaan:
Bebola Daging:
1. Campurkan daging cincang dengan kesemua bahan bebola daging. Gaul hingga mesra.
2. Bentukkan adunan daging bulat-bulat.
Kari:
1. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Goreng bebola daging sehingga bertukar menjadi warna coklat. Angkat dan ketepikan.
2. Dengan menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga lembut dan menjadi keemasan.
3. Masukkan serbuk kunyit, garam masala dan serbuk cili. Masak selama seminit..
4. Masukkan tomato, garam dan bebola daging. Tutup periuk dan biarkan selama 25 minit atau sehingga kuah pekat dan bebola daging menjadi lembut.
5. Masukkan daun ketumbar atau pudina dan jus limau. Kacau hingga rata.
6. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi atau capati.

No comments:

Related Posts with Thumbnails