Tawaran Menarik!

Resepi Ayam Carik Pandan



Shredded Chicken with Pandan Leaves - click here for English

Bahan-bahan:

3 ketul peha ayam — dicarik-carik
3 helai daun pandan
1 ketul besar halia
½ sudu teh ketumbar — tumbuk
½ sudu teh jintan manis — tumbuk
½ sudu teh gula
1 sudu teh garam
1 sudu teh serbuk lada sulah
2 sudu santan pekat
3 sudu minyak masak

Cara penyediaan:

1. Kisar/tumbuk halia. Perah dan ambil jusnya.
2. Lumur ayam dengan jus halia, ketumbar, jintan manis, garam, gula dan serbuk lada sulah. Perap selama setengah jam.
3. Dalam periuk, panaskan minyak. Masukkan daun pandan dan goreng hingga naik bau.
4. Masukkan ayam yang telah diperap dan masak hingga empuk.
5. Masukkan santan dan masak hingga pekat.
6. Hidangkan panas-panas dengan nasi.

Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails