Kek Lapis Hari Raya 2014

Resepi Kepak Ayam Devilled



Resepi Kepak Ayam Devilled
Devilled Chicken Wings Recipe – click here for English

Bahan-bahan:
750 gm kepak ayam
Tepung
1 sudu teh serbuk halia
4 batang seleri – potong kecil-kecil
2 sudu makan kicap pekat
1 sudu teh serbuk lada hitam (halus)
6 ulas bawang putih
½ cawan cuka
Garam secukup rasa
1 sudu tepung jagung
1 cawan gula perang
½ cawan air

Cara Penyediaan:

1. Satukan tepung dengan garam, lada hitam dan halia. Gaul rata. Salut kepak ayam dengan campuran tepung ini.
2. Panaskan minyak masak untuk menggoreng kepak ayam. Goreng kepak ayam hingga masak.
3. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih hingga keemasan.
4. Masukkan seleri, kicap, cuka, tepung jagung, gula perang dan air.
5. Kacau perlahan-lahan hingga gula larut sepenuhnya dan biarkan hingga mereneh.
6. Kecilkan api dan biarkan mereneh lagi selama 2 minit.
7. Masukkan kepak ayam yang telah dogoreng tadi. Sedia untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails