Kek Lapis Hari Raya 2014

Resepi Ayam Golek



Resepi Ayam Golek
(Spicy Grilled Chicken Recipe – Click here for English)


Bahan-bahan:


1 ekor ayam - bersihkan
5 ulas bawang putih
4 cawan santan dari sebiji kelapa
1 sudu teh biji ketumbar
1 sudu makan asam jawa
3 biji telur rebus
Garam secukup rasa
Pedal dan hati ayam


Cara penyediaan:

Tumbuk atau kisar bawang putih bersama biji ketumbar hingga halus.

Hiris pedal dan hati ayam halus-halus dan gaul bersama 1 sudu bahan tumbuk/kisar.

Cincang telur rebus dan campur dengan campuran pedal dan hati. Gaul rata dan sumbatkan ke dalam perut ayam. Tutup bahagian ayam yang tebuka dengan sematan lidi.

Satukan santan, asam jawa, garam dan lebihan bahan yang telah ditumbuk/kisar.

Masukkan ayam ke dalam periuk dan masukkan kesemua bahan campuran. Masak sehingga terbit minyak. Keluarkan ayam dan bakar dalam oven/ salai hingga masak.

Hidangkan bersama sos cili ala Thai.

No comments:

Related Posts with Thumbnails