Tawaran Menarik!

Resepi Buah Peach Bakar bersama Sos Beri Hitam



Buah Peach Bakar bersama Sos Beri Hitam
(Broiled Peaches with Blackberry Sauce Recipe – click here for English)

Bahan-bahan:

4 cawan beri hitam
1 + 2 sudu teh jus limau nipis
2 sudu makan madu
16 belah buah peach (dalam tin atau buah segar)
3 sudu makan gula perang
1 sudu teh serbuk kayu manis
Beri hitam untuk hiasan

Cara penyediaan:

Masukkan beri hitam, 1 sudu teh jus limau nipis dan madu ke dalam pengisar. Kisar pada kelajuan sederhana sehingga halus dan sebati. Hentikan pengisar setiap 45 saat untuk mengaup bahan-bahan yang terlekat di dinding pengisar.
Tapis sos yang telah dihasilkan ke dalam bekas berpenutup. Simpan sos ke dalam peti ais sehingga waktu untuk disajikan.
Letakkan buah peach di atas kertas kerajang aluminium dengan permukaan belahan berada di bahagian atas. Taburkan gula perang, serbuk kayu manis dan jus limau nipis.
Bungkus buah peach dengan kertas kerajang aluminium dan kelim dengan kemas.
Bakar bungkusan tersebut dengan jarak 4 inci dari api selama 15 minit atau sehingga keseluruhan bungkusan panas.

Buka bungkusan dengan berhati-hati dan keluarkan buah peach ke atas pingan hidangan. Sajikan buah peah panak-panas bersama sos beri hitam yang telah disiapkan tadi. Hias hidangan dengan beri hitam.

Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails