Kek Lapis Hari Raya 2014

Resepi Dodol Durian


Resepi Dodol Durian
(Dodol Durian Recipe – Click here for English)

Bahan-bahan:

500 gram tepung beras pulut
1 sudu teh garam
850 gram gula merah
850 gram gula
9 cawan santan dari 2 ½ biji kelapa parut
5 helai daun pandan
1 mangkuk durian segar

Cara penyediaan:

1. Campurkan beras pulut dengan santan kelapa dan garam di dalam kuali besar. Kacau di atas api sederhana besar, pastikan tidak berkerak atau hangus.
2. Apabila adunan menjadi pekat, masukkan gula, gula merah, durian dan daun pandan.
3. Kacau perlahan-lahan atas api kecil hingga adunan menjadi kental dan berkilat
4. Setelah masak, sejukkan dan potong sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba.

1 comment:

jalilah_jy said...

campurkan sedikit tepung gandum supaya tidak liat sangat..utk org yg suka laa...baru senang nak telan..

Related Posts with Thumbnails