Kek Lapis Hari Raya 2014

Resepi Gulai Udang (Resepi kari udang)


Resepi Gulai Udang (Resepi kari udang)
(Prawn Curry Recipe – Click here for English)

Bahan-bahan:
600 gm udang segar
6 cili kering
2 bawang merah - tumbuk
2 ulas bawang putih - tumbuk
2 cm halia - tumbuk
1 tangkai daun kari
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh biji ketumbar
1 sudu teh jintan putih
2 ½ cawan santan pekat dari sebiji kelapa
Garam secukup rasa
4 sudu makan minyak masak
1 biji limau nipis

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan goreng daun kari selama 1-2 minit.
2. Masukkan bahan-bahan tumbuk dan goreng sehingga naik bau. Kacau sentiasa.
3. Masukkan kesemua rempah dan goreng selama seminit.
4. Masukkan santan dan biarkan mereneh selama 10 minit.
5. Perahkan asam limau dan tutup api.
6. Hidangkan dengan nasi.

Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails