Tawaran Menarik!

Resepi Pai Epal Goreng


Resepi Pai Epal Goreng
(Fried Apple Pies - click here for English)


Bahan-bahan:

2 cawan tepung serbaguna
½ cawan shortening
1 sudu teh garam
½ cawan air sejuk
2 biji epal besar
1/3 cawan gula
½ sudu teh serbuk kayu manis
Minyak masak untukl menggoreng
Serbuk gula

Cara penyediaan:

Buang kulit dan teras epal. Potong dadu.
Gaul epal yang telah dipotong dengan gula dan serbuk kayu manis di dalam periuk. Panaskan atas api sederhan sehingga epal lembut.
Lenyek apple dengan garpu hingga membentuk sos epak yang sangat pekat.
Tutup api dan sejukkan pada suhu bilik.

Ayak tepung dan garam. Potong shortening dan masukkan ke dalam campuran tepung. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil adunan digaul dengan garpu hingga membentuk doh.

Gelek adunan menjadi setebal 1/8 inci di atas permukaan yang telah ditabur tepung. Terap bulat-bulat anggaran sebesar bulatan berdiameter 4 inci.

Letakkan 1 sudu adunan epal pada bahagian tengah setiap kepingan doh. Lembapkan bahagian tepi sekeliling kepingan doh dengan air. Lipat kepingan doh tersebut membentuk separa bulatan. Picit-picit bahagian tepi dengan jari untuk mengelakkan isi terkeluar dan tekan menggunakan hujung garpu untuk kelim.

Panaskan minyak dalam kuali. Goreng pai sehingga coklat keemasan. Balik-balikkan pai untuk mendapat warna yang sekata dan mengelakkan pai dari hangus.

Tos pai yang telah digoreng atas kertas tisu. Taburkan serbuk gula dan hidangkan panas-panas.

Sedap juga dimakan bersama aiskrim vanilla.

Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails