Kek Lapis Hari Raya 2014

Resepi Pecal



Resepi Pecal
(Mixed Salad with Peanut Sauce Recipe – Click here for English)

Bahan-bahan:
1 biji sengkuang
1 biji timun – potong 6cm panjang dan hiris
180 gm kangkung – potong 6cm panjang
6 daun kobis – potong kecil
5 kacang panjang - potong 6cm panjang

Kuah:
15 tangkai cili kering
6 bawang merah
½ cawan kacang tanah
1 sudu makan asam jawa
Belacan sebesar ibu jari
Garam dan gula secukup rasa
2 sudu makan minyak masak

Cara penyediaan:
1. Potong kecil dan celur kesemua sayur-sayuran dan ketepikan.
2. Basuh cili dan bawang merah. Tos dan keringkan.
3. Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga garing. Buang kulit dan tumbuk/kisar kasar.
4. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan cili dan goreng hingga keperangan. Masukkan bawang merah dan belacan. Goreng hingga bawang layu.
5. Kisar cili, bawang merah,belacan dan kacang tanah hingga halus. Masukkan asam jawa, gula dan garam. Gaul rata.
6. Masukkan air ke dalam adunan tadi mengikut kepekatan kuah yang anda suka.
7. Untuk hidangan, susun sayuran yang telah dicelur ke dalam pinggan dan masukkan kuah ke dalam mangkuk berasingan.

Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails