Jom Cantik!

Resepi Sotong Goreng Rangup



Resepi Sotong Goreng Rangup
(Crispy Cuttlefish Recipe – Click here for English)

Bahan-bahan:

500 gm sotong – Bersihkan dan belah 2
2 sudu makan serbuk kari
8 bawang merah – tumbuk halus
60 ml santan – dari ½ biji kelapa parut
1 biji telur
½ sudu teh garam
4 sudu makan tepung jagung
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

1. Perap sotong dalam campuran serbuk kari, bawang telur, garam dan santan selama sejam.
2. Masukkan tepung jagung dan gaul rata.
3. Panaskan minyak dan goreng sotong hingga masak dan garing.
4. Angkat, toskan minyak dan sedia untik dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails