Tawaran Menarik!

Resepi Sup Sirip Ikan Yu




Resepi Sup Sirip Ikan Yu
(Shark's Fin Soup Recipe – Click here for English)

Bahan-bahan:

120 gm sirip ikan yu kering
120 gm daging ayam – hiris & rebus
1 sudu teh serbuk lada
4 bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
120 gm isi ketam
4 cawan stok ayam
1 sudu teh garam
3 cm halia - hiris
1 sudu makan tepung jagung – bancuh dengan sedikit air

Cara penyediaan:

1. Bersihkan sirip ikan. Rendam semalaman atau sekurang-kuranya 8 jam. Masukkan ke dalam periuk bersama air yang mencukupi. Rebus selama 2-3 jam.
2. Panaskan minyak, tumis halia, bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
3. Masukkan stok ayam, isi ketam, sirip ikan, garam dan serbuk lada. Masak hingga mendidih.
4. Kacau sentiasa. Masukkan tepung jagung untuk pekatkan kuah sup.
5. Hidang panas-panas.

No comments:

Related Posts with Thumbnails