Tawaran Menarik!

Resepi Epal Bakar bersama Buah-buahan Kering


Resepi Epal Bakar bersama Buah-buahan Kering
(Baked apple with dried fruits recipe – click here for English)

Bahan-bahan:

6 biji epal saiz sederhana
1 cawan walnut
½ cawan raisin atau cranberry kering
¼ cawan kepala parut kering manis (pilihan)
2 sudu makan sirap maple
1 sudu teh hirisan kulit lemon
¼ sudu teh serbuk kayu manis
¼ sudu teh serbuk buah pala
½ cup jem apricot
1 ½ cawan apple cider
1 sudu makan mentega
½ sudu teh ektrak vanilla

Cara penyediaan:

1. Panaskan ketuhar pada suhu 375°F. Gris nipis loyang kek saiz 8X12-inci dengan minyak masak.

2. Buang teras epal dengan menggunakan pemotong teras epal sebesar 1 inci tembus dari atas ke bawah. Potong sedikit sendeng bahagian atas lubang membentuk seperti kawah. Kupas ¾ bahagian atas kulit epal. Cucuk-cucuk sekeliling bahagian penemuan bahagian berkulit dan tidak berkulit dengan pisau tajam sedalam ¼ inci. Ketepikan.

3. Masukkan walnut, raisin (atau buah cranberry kering) dan kelapm kering (jika guna)dalam pengisar. Kisar kasar hingga sebati. Masukkan sirap maple, kulit lemon, kayu manis dan buah pala. Kisar seketika sehingga bercampur rata.

4. Susun buah epal dalam loyang yang telah digris. Masukkan ¼ cawan bahan kisar ke dalam bahagian tengah epal dan tekan menjadi mampat. Isikan bahagian atas kawah setiap epal dengan sesudu jem apricot.

5. Satukan apple cider dan mentega di dalam periuk kecil. Panaskan atas api kecil sehingga mentega cair sepenuhnya. Tutup api dan masukkan vanilla. Kacau rata dan tuangkan campuran keatas dan sekeliling epal. Simpan sebahagian bahan campuran untuk bahan lumur.

6. Bungkus loyang epal dengan aluminum foil dan masukkan ke bahagian tengah ketuhar. Bakar selama 30 minit. Tanggalkan aluminum foil dan lumur setiap epal. Masukkan semula ke dalam ketuhar tanpa aluminum foil, lumur epal setiap 10 minit, bakar sehingga epal lembut anggaran selama 20 hingga 35 minutes. Untuk ujian, cucukkan epal dengan lidi. Setelah masak, biarkan epal sejuk di dalam loyang pada suhu bilik. Lumur epal sekali sekala.

Hidang suam, pada suhu bilik atau sejuk dengan jus dari loyang dan krim putar.

Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails