Jom Cantik!

Resepi Kek Keju tanpa Bakar


Bahan-bahan:

1) 100 gram biskut perisa coklat – hancur kasar
2) 1 ¼ cawan biskut perisa coklat – hancur halus
3) 50 gram mentega
4) 3 sudu besar gelatin sayuran
5) ¼ cawan air suam
6) 500 gram krim keju
7) ½ cawan gula kastor
8) 1 cawan krim segar
9) 2 sudu besar jus lemon

Cara Penyediaan:

1) Satukan biskut yang dihancur kasar bersama mentega. Gaul rata dan masukkan ke dalam loyang kek yang boleh dibuka tepi berdiameter 20cm. Mampatkan adunan biskut ke dasar loyang hingga rata dengan menggunakan belakang sudu. Masukkan ke dalam peti ais seketika untuk keraskan dasar kek ini..

2) Larutkan gelatin dalam air suam. Masukkan krim keju dan putar hingga lembut. Masukkan gula dan teruskan putaran sehingga sebati.

3) Masukkan jus lemon, krim dan biskut yang dikisar halus. Kacau sehingga sebati. Tuang adunan ke dalam yang telah disejukkan tadi. Ratakan permukaan atasnya dan masukkan ke dalam peti ais selama sejam atau sehingga kek menjadi pejal.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

5 comments:

MyLunaheart007 said...

Wan, camner rupa gelatin sayuran ye..akk x pernh tgk sebelum ni..

ciK zAzA said...

aah la.. ape tu gelatin sayuran yer..? shortening ke?

Wan said...

gelatine tu bahan untuk memejalkan kek tu.. dia cam serbuk agar2. Biasanya dibuat drpd tulang haiwan. nak yang halal kena cari yg dibuat drpd protein tumbuhan.

Randy Lee said...

Randy Lee> Sayur gelatin tu ble tukar tak ? guna serbuk agar2 ??

Wan said...

tak pernah cuba guna serbuka agar2...

Related Posts with Thumbnails