Tawaran Menarik!

Resepi Puding Coklat Blancmange



Resepi Puding Coklat Blancmange
(Chocolate Blacmange Recipe - Click here for English)

4 sudu makan tepung jagung
2 ½ cawan susu
3 sudu makan gula kastor
50-115 gram coklat masakan, cincang
½ sudu teh esen vanila
Hirisan coklat putih untuk hiasan

Bancuh tepung jagung bersama sedikit susu menjadi pes dalam mangkuk tahan panas.

Didihkan baki susu dalam periuk tak melekat (non-stick pan). Kemudian curahkan susu mendidih ini ke dalam manhkus berisi pes tepung jagung. Kacau secara berterusan sehingga sebati.

Tuang kesemua adunan ke dalam periuk semmula. Panaskan atas api kecil sambil dikacau secara berterusan sehingga mendidih dan pekat.

Tutup api. Masukkan gula, coklat cincang dan vanilla. Kacau sehingga coklat dan gula larut sepenuhnya.

Tuang adunan ke dalam acuan puding dan sejukkan sehingga menjadi pejal.

Keluarkan puding dari acuan dan hiaskan dengan hirisan coklat. Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails