Jom Cantik!

Resepi Udang Cili Bawang Putih


Resepi Udang Cili Bawang Putih
(Garlic Chili Prawns Recipe – click here for English)

Resepi masakan udang dari Sepanyol.

Bahan-bahan:
(4 hidangan)

4 sudu makan minyak zaitun
2-3 ulas bawang putih, cincang halus
1 biji cili merah, baung biji dan cincang
16 udang besar – dikukus/rebus
1 sudu makan daun parsley cincang
Garam dan serbuk lada hitam secukup rasa
Hirisan lemon

Cara penyediaan:

Panaskan minyak zaitun dalam kuali atas api sederhana panas.
Tumis bawang putih dan cili selama seminit atau sehingga warna bawang putih bertukar perang.

Masukkan udang dan goreng selama 3-4 minit, Gaul sehingga rata dan masak.

Masukkan daun parsley cincang dan tutup api.

Hidangkan bersama hirisan leman. Sedap dimakan bersama roti Perancis atau dibuat lauk.

Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails