Kek Lapis Hari Raya 2014

Resepi Rendang Kerang



Bahan A ( dikisar)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
50 gram lengkuas
50 gram kunyit hidup
50 gram halia
sedikit cili padi
100 gram cili kering
1 sudu garam kasar

Bahan B
1 kg kerang - rebus & buang kulit
50 gram jintan manis
200 gram santan
100 gram kerisik
1 helai daun kunyit – hiris halus (jika suka)



Cara Penyediaan:

1. Masukkan kesemua bahan A ke dalam kuali dan masak hingga mendidih.
2. Masuukan jintan manis, santan dan kerisik. Gaul rata.
3. Setelah terbit minyak, masukkan kerang dan daun kunyit. Gaul rata sehingga masak.
4. Rasa garam, jika kurang masin tambah sedikit garam halus. Masak hingga kering jika suka. Sedia untuk dihidangkan.

2 comments:

jalilah_jy said...

wahhhh best nie dah lama akak mencari resepi nie..akak dah buat tapi tak sedapppp..akak nak cuba lah resepi nie...akak nak copy boleh ke masuk blog akak hehehe>>>???????

Wan said...

Cubalah... manalah tahu kot kena dengan selera. Boleh nak letak kat blog, letak link ke sini pada post tu... tq... :-)

Related Posts with Thumbnails