Tawaran Menarik!

Resepi Syawarma



Bahan A:

250 ml dadih asli
2 camca teh perahan limau susu
1 biji bawang merah - cincang halus
4 ulas bawang putih - cincang halus
1/2 sudu teh sos Tabasco
1 sudu teh cuka
1/2 sudu teh serbuk cili
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
600 gram daging - hiris nipis


Bahan sos:

200 ml tahini
2 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu teh perahan limau susu
2 sudu teh parsli cincang
125 ml air


Bahan sampingan:

8 keping roti pita
Hirisan tomato
1 biji bawang besar - dihiris
2 helai daun salad


Cara penyediaan:

1) Satukan kesemua bahan A kecuali daging. Kacau hingga rata.

2) Masukkan daging, gaul rata dan perap selama 1/2 hari. Gaul sekali sekala.

3) Panggand daging hingga masak. Angkat dan ketepikan.

4) Untuk sos, satukan kesemua bahan sos kecuali sos tahini dan kacau rata. Tambahkan sedikit air jika terlalu pekat.

5) Sapu sos tahini pada roti pita. Isikan roti pita dengan daging yang telah dipanggang persama bahan sampingan.

Sedia untuk dihidangkan.

1 comment:

al awg said...

its syawarma anyway, not syawarna :D

Related Posts with Thumbnails