Tawaran Menarik!

Resepi Chicken Chop dan Sos Perang



Bahan-bahan:

2 ketul ayam
Sedikit lada hitam
Sedikit sos lea&perrine
Sedikit serbuk paprika (serbuk cili)
Garam secukup rasa

Bahan Sos:

Sedikit mentega
1 biji bawang besar
Sedikit herna rosemary
Sedikit lada hitam
100 ml air rebusan daging
Sedikit tepung gandum, gaul dengan sedikit mentega


Cara Penyediaan:

Perap ayam bersama lada hitam, serbuk paprika, sos lea&perrine dan garam secukup rasa. Perap selama setengah jam.

Panggang ayam sehingga masak, anggaran selama 20 minit.

Untuk sos, panaskan mentega dan tumiskan bawang besar, lada hitam dan rosemary sehingga naik bau.

Masukkan stok rebusan daging. Untuk pekatkan kuah, masukkan sedikit tepung gandum yang digaul dengan sedikit mentega. Masak sehingga mendidih.

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

2 comments:

Michael said...

Makan masakan barat sebenar mcm chicken chop, lamb chop dll mesti ada hidangan pengiring seperti salad ataupun karbohidrat seperti nasi atau kentang. Omputeh ni kan cerewet sket. Dalam pinggan mesti lengkap protin, karbohidrat ngan sayur. Sblm makan nak pembuka selera lepas makan nak desert. Ngada-ngada. Tak caya? Ini buktinya.. http://westernfood.yolasite.com/

Wan said...

Terimakasih Michael atas cadangan itu. ;-)

Related Posts with Thumbnails