Tawaran Menarik!

Resepi Daging Cincang Dhal Berempah



250 gram daging cincang
125 gram kacang dhal (direbus hingga lembut)
30 gram serbuk rempah kari daging
2 gram serbuk lada hitam
6 ulas bawang merah (ditumbuk)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
½ inci halia (ditumbuk)
30 ml minyak masak
1 labu bawang besar (dicincang)
30 ml jus asam jawa
250 ml air
Garam dan gula secukup rasa
½ inci kulit kayu manis
2 batang kacang botol (dipotong serong dan dicelur seketika)


Cara Penyediaan:

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan-bahan yang telah ditumbuk.

Apabila bahan-bahan tumisan telah naik bau, masukkan rempah, kulit kayu manis dan daging. Kacau sehingga daging menjadi garing.

Masukkan pula bawang besar yang telah dicincang dan kacau lagi.

Masukkan garam, gula dan air ke dalam masakan. Kacau sehingga rata dan daging menjadi lembut

Masukkan kacang dhal bersama perahan air asam jawa.

Hidangkan daging cincang dhal berempah ni bersama kacang botol yang telah dicelur. Ia boleh dihidangkan bersama roti mahupun nasi.


Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails