Jubah Baru

Resepi Daging Masak Lada Hitam



Bahan-bahan:

500 gram daging batang pinang (dipotong nipis dan direbus sehingga empuk)
15 gram serbuk lada hitam
Gula dan garam secukup rasa
5 ulas bawang merah (dicincang halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
½ inci halia (dicincang halus)
2 biji cili merah (dicincang halus)
1 kuntum bunga kantan (dicincang halus)
1 labu bawang besar (dicincang halus)
10 batang kacang buncis (dicelur sebentar)
4 batang kacang botol (dicelur sebentar)
2 helai daun kubis (dihiris halus)
15 ml air asam jawa


Cara penyediaan:

Dengan menggunakan mangkuk, gaulkan daging bersama lada hitam, garam, gula dan bahan-bahan yang telah dicincang.

Apabila bahan telah sebati, masukkan pula air asam jawa.

Hidangkan daging lada hitam ini bersama-sama sayur-¬sayuran seperti kacang buncis, kacang botoli dan kubis yang telah dicelur terlebih dahulu.

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails