Tawaran Menarik!

Resepi Daging Panggang dan Sos Lada Hitam


Bahan-bahan:

200 gram daging batang pinang
Sedikit serbuk jintan manis
Sedikit serbuk ketumbar
Sedikit serbuk lada hitam
3 ulas bawang putih
Sedikit daun pudina
Garam secukup rasa

Bahan Sos:

Sedikit lada hitam
3 ulas bawang putih
2 biji bawang merah
Sedikit marjerin
Sedikit sos perang


Cara Penyediaan:

Gaul daging bersama rempah-rempah. Perap selama setengah jam.
Panggang daging dalam ketuhar pada suhu 170°C sehingga masak.

Untuk sos, panaskan marjerin dalam periuk kecil dan tumiskan bawang putih, bawang merah dan lada hitam hingga naik bau. Masukkan bahan-bahan lain dan masak sehingga mendidih. Tuang terus atas daging.

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails