Kek Lapis Hari Raya 2014

Resepi Karipap Istimewa Selebriti


Bahan Doh:

250 gram mentega
500 gram tepung gandum
50 ml air sejuk
Minyak untum menggoreng

Bahan Inti:

5 biji ubi kentang – potong dadu dan rebus
2 biji bawang besar – potong dadu
3 tangkai daun kari – hiris halus
4 tangkai daun sup – hiris halus
350 gram daging – dicincang
1 kiub pati ikan bilis
Gula secukup rasa
2 sudu rempah kari ikan
100 ml air
2 sudu minyak masak
½ biji telur rebus

Cara penyediaan Doh:

Campurkan kesemua bahan doh, gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Rehatkan selama 20 minit.
Gelek doh setebal 3mm dan tekap membentu bulat.

Cara penyediaan Inti:

Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Tumis hingga garing.

Masukkan bahan-bahan inti yang lain, kacau hingga daging masak dan mesra. Tutup api.

Masukkan inti ke dalam kepingan doh dan kelim atau tekap dengan acuan karipap.

Panaskan minyak dan goreng sehingga kekuningan dan garing. Angkat dan tos.

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails