Jom Cantik!

Resepi Kuih Talam Jagung



Bahan-bahan:

Lapisan bawah:
1) 1 cawan jagung manis berkrim
2) 1 cawan tepung beras
3) 2 sudu makan tepung kastad
4) 2 cawan santan
5) ½ cawan gula

Lapisan atas:
1) 1 cawan tepung beras
2) 2 cawan santan pekat
3) 1 sudu teh garam


Cara Penyediaan:
1) Panaskan kukusan.
2) Gaulkan kesemua bahan lapisan bawah dan kacau hingga sebati.Masukkan ke dalam loyang.
3) Kukus selama ½ jam.
4) Campurkan semua bahan lapisan atas dan tapiskan dalam periuk.
5) Kacau sebentar di atas api kecil.
6) Bila adunan lapisan bawah sudah masak, cakar-cakarkan sedikit permukaan atasnya dan tuangkan perlahan-perlahan adunan lapisan atas.
7) Kukus selama 20 minit.
8) Sejukkan dan potong.

Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails