Tawaran Menarik!

Resepi Nugget Maggi (Mee Segera)



Bahan-bahan:

2 bungkus mee segera (pilihan anda)
2 sudu marjerin
2 sudu bawang besar dicincang
1 sudu teh serbuk lada
200 gram daging ayam – dicincang halus
3 biji telur – dipukul
1 sudu serbuk roti
2 sudu susu tepung
Minyak masak untuk goreng

Bahan salutan:

2 sudu tepung gandum
2 biji telur – dipukul
2 sudu serbuk roti


Cara Penyediaan:

Rebus mee segera sehingga lembut dan toskan. Ketepikan.

Panaskan marjerin. Tumis bawang besar hingga naik bau.
Masukkan serbuk lada, perencah mee segera dan ayam. Gaul hingga ayam masak (berubah warna menjadi putih). Tutup api.

Masukkan ayam yang telah di masak ke dalam mee diikuti telur, serbuk roti dan susu tepung.

Sediakan loyang. Sapukan minyak. Tuang adunan nugget dan kukus sehingga masak.

Setelah sejuk pada suhu bilik, potong adunan nugget dengan saiz 2X2 cm.

Golekkan potongan nugget pada tepung gandum, celup pada telur dan golek pada serbuk roti. Goreng dalam minyak yang telah dipanaskan sehingga kekuningan.

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails