Tawaran Menarik!

Resepi Pegaga Masak Lemak


Bahan-bahan:

1 ikat daun pegaga – bersihkan dan potong kecil
Sedikit ikan bilis
125 gram kacang hijau
30 ml santan pekat
5 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
½ inci halia

Cara Penyediaan:

Tumbuk ikan bilis bersama bawang merah, bawang putih dan halia hingga lumat.

Sementara itu rebus kacang hijau hingga kembang dan empuk. Masukkan santan.

Setelah santam mendidih, masukkan daun pegaga dan campuran ikan bilis yang telah ditumbuk. Gaul hingga rata dan tutup api.


Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails