Jubah Baru

Resepi Pizza Maggi (Mee Segera)



Bahan-bahan:

1 bungkus mee segera (pilihan anda)
2 biji telur – dipukul
½ sudu teh garam
2 sudu marjerin
1 sudu bawang besar dicincang
2 sudu sos pasta tomato
1 biji buah tomato – dicincang halus
1 sudu teh gula
100 gram daging ayam – dicincang
1 sudu lada benggala merah dipotong dadu
1 sudu lada benggala hijau dipotong dadu
75 gram keju mozzarella parut


Cara Penyediaan:

Rebus mee segera sehingga lembut dan toskan. Gaul mee dengan telur dan garam sehingga mesra. Ketepikan.

Panaskan marjerin. Tumis bawang besar hingga naik bau. Masukkan sos pasta, gula, ayam dan buah tomato. Gaul hingga rata. Masukkan perencah mee segera dan cili benggala. Gaul hingga mesra dan tutup api.

Sediakan loyang. Sapukan marjerin, letak adunan mee, kemudian atur ayam berperencah di atasnya. Taburkan keju mozzarella parut di atasnya.

Bakar dalam ketuhar sehingga keju cair anggaran selama 10 minit.

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails