Tawaran Menarik!

Resepi Steak Daging bersama Cendawan



Bahan-bahan:

200 gram daging batang pinang
30 gram cendawan butang
30 gram cendawan shitake
30 gram kacang pea
10 gram bawnag merah
5 gram bawang putih
50 gram kentang lecek
12 gram daun parsley - cincang
Garam dan lada sulah secukup rasa
Sedikit minyak masak/ minyak zaitun untuk menumis
Beberapa helai daun salad


Cara Penyediaan:

Lumur daging bersama garam dan lada sulah. Perap selama setengah jam dan panggang sehingga separuh masak. Ketepikan dan rehatkan daging sekurang-kurangnya selama 3 minit.

Sementara itu tumis bawang merah, bawang putih, daun parsley, kacang pea dan cendawan. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa. Kacau rata dan pindahkan bahan yang telah di masak ke bahagian tengah pinggan hidangan.

Potong daging dan panggang hingga masak. Letakkan daging yang telah di masak di atas cendawan. Hiaskan dengan daun salad.


Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails