Jubah Baru

Resepi Sup Ekor



Bahan-bahan:

300 gram ekor lembu
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
15 gram rempah sup
4 ulas bawang putih – tumbuk halus
3 inci halia muda – tumbuk halus
Sedikit serbuk lada hitam
300 ml air
2 biji cili padi
Garam secukup rasa
1 batang lobak merah – dipotong dadu
2 biji ubi kentang – dipotong dadu
Sedikit minyak masak
Sedikit hirisan daun bawang dan bawang goreng.


Cara Penyediaan:

Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau. Masukkan rempah sup dan air. Biarkan sehingga mendidih dan masukkan pula ekor lembu.

Masak atas api sederhan sehingga ekor lembu masak dan empuk. Tambahkan serbuk lada hitam, lobak merah dan kentang. Biarkan mereneh sehingga lobak dan kentang lembut.

Taburkan hirisan daun bawang dan bawang goreng.

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails