Jom Cantik!

Resepi Tauhu Jepun Berkuah



Bahan-bahan:

2 bungkus tauhu jepun (dikenali juga sebagai tahu telur/lembut)
2 ulas bawang putih
1 inci halia – dimayang
Sedikit sos tiram
Sedikit kicap pekat
Gula dan garam secukup rasa
1 biji telur
Sedikit air
Sedikit tepung gandum dibancuh dengan sedikit air – untuk celup tauhu
Sedikit tepung jagung – untuk pekatkan kuah


Cara Penyediaan:

Potong tauhu setebal 2cm. celup ke dalam bancuhan tepung gandum dan goreng sehingga kekuningan. Ketepikan.

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih bersama halia. Masukkan air,sos tiram, kicap, gula dan garam secukup rasa.

Masukkan telur dan kacau seketika. Masukkan tauhu goreng dan gaul sehingga rata.

Akhir sekali masukkan tepung jagung dan gaul sehingga mereneh.

Sedia dihidangkan. Selamat mencuba.

No comments:

Related Posts with Thumbnails