Tawaran Menarik!

Resepi Daging Goreng Cendawan dan Bayam



Bahan-bahan:

400 gram daging - hiris nipis
4 sudu sos tiram
2 sudu kicap pekat
1-2 sudu minyak masak
2 cm halia - cincang
300 gram bayam
150 gram cendawan butang - belah dua

Cara Penyediaan:

Satukan sos tiram dan kicap. Ketepikan.


Panaskan 1 sudu minyak dalam kuali, masukkan sebahagian daging dan goreng hingga keperangan. Angkat dan goreng sebahagian lagi hingga keperangan. Angkat, ketepikan dan bersihkan kuali.

Panaskan 1 sudu minyak dalam kuali, tumis halia hingga kekuningan, kemudaian masukkan cendawan dan bayam. Masak sehingga sayur layu.

Masukkan daging dan campuran sos tadi. Masak dan gaul sehingga pekat anggaran selama 2 minit.

Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails