Tawaran Menarik!

Resepi Ayam Masak Halia



Bahan-bahan:

250 gm ayam - potong kecil-kecil
1 sudu makan kicap pekat
1 sudu makan kicap cair
½ sudu makan minyak bijan
4 cm halia – hiris halus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu makan minyak masak.
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh gula
garam secukup rasa
1 tangkai cili merah – hiris halus
Sedikit daun bawang - hiris

Cara penyediaan:

Perapkan ayam dengan kicap pekat, kicap cair, minyak bijan, halia dan serbuk lada hitam selama setengah jam.

Panaskan minyak masak dan masukkan kesemua ayam bersama bahan perapan serta sos tiram dan gula. Goreng sehingga ayam masak. Masukkan garam secukup rasa jika kurang masin.

Tabur daun bawang dan cili merah sebelum dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails