Jom Cantik!

Resepi Cucur Jagung Bercili



Resepi Cucur Jagung Bercili

Bahan-bahan:

2 batang jagung manis – bersihkan
12 sudu tepung gandum
1 biji telur
2 tangkai cili merah – hiris nipis
2 sudu teh garam
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara penyediaan:

Kikis isi jagung dengan menggunakan pisau yang tajam dengan berhati-hati ke dalam mangkuk.

Masukkan tepung dan hirisan cili ke dalam mangkuk berisi isi jagung. Gaul hingga rata.

Masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga adunan menjadi mesra dan tidak terlalu cair.

Masukkan telur dan garam. Gaul hingga rata.

Panaskan minyak yang banyak didalam kuali.

Sudukan adunan satu persatu ke dalam kuali dan goreng sehingga kuning keemasan. Balik-balikkan cucur supaya masak dengan sempurna.

Setelah masak, angkat dan toskan minyak. Sajikan bersama sos cili kesukaan anda.

Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.

1 comment:

Jintan Manis said...

Sedap kalau ditambah udang...best. My hubby smpi tak amek lunch kenyang makan cucur jagung..:)

Related Posts with Thumbnails