Tawaran Menarik!

Resepi Daging Goreng Cendawan



Bahan-bahan:

500gram daging - hiris nipis
3 ulas bawang putih - dihiris
2 biji bawang merah - dihiris
2 kuntum bunga lawang
5 tangkai bunga cengkih
2 inci kulit kayu manis
3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
2 sudu sos tiram
5 biji cili padi - belah dua tanpa putus
1 labu bawang besar - dihiris bulat
2 tangkai daun bawang - dihiris
2 tangkai daun sup - dihiris
2 sudu kicap manis ataupun pekat
10 biji cendawan butang - dibelah 2
Garam secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara Penyediaan:

Panaskan sedikit minyak masak. Tumiskan bawang putih, bawang merah, bunga lawang, bunga cengkih dan kulit kayu manis.

Setelah naik bau dan kekuningan, masukkan daging,sos cili, sos tomato, kicap dan sos tiram. Masak di atas api sederhana hingga daging lembut.

Setelah daging lembut, masukkan bawang besar, cili padi dan cendawan butang tadi sehingga bawang layu. Tambah sedikit air lagi jika ingin kuah.

Biarkan mereneh seketika dan tutup api. Angkat dam masukkan ke dalam pinggan hidangan. Taburkan daun sup dan daun bawang.

Sedia untuk dihidangkan.Sedap dimakan dengan nasi panas.

No comments:

Related Posts with Thumbnails