Jom Cantik!

Resepi Kuih Tepung Pelita



Bahan-bahan:

- Untuk lapis bawah
1) 2 cawan tepung beras
2) 1 sudu teh kapur sirih
3) 4-5 cawan jus dari 7 helai daun pandan
4) Gula pasir secukupnya
5) Daun pisang secukupnya, dibuat bakul

- Untuk lapis atas
1) Santan pekat dari 1 biji kelapa
2) 1 senduk tepung beras
3) ½ sudu teh garam


Cara penyediaan:

- Untuk lapis bawah
1) Panaskan kukusan.
2) Gaul rata tepung beras, kapur dan jus pandan. Masukkan ke dalam jag.
3) Masukkan 1 sudu atau lebih (ikut selera) gula setiap bakul daun pisang.
4 )Masukkan tuang adunan tadi hingga ¾ bakul. Kukus sehingga masak, anggaran 20 minit.

- Untuk lapis bawah
1) Gaul rata kesemua bahan. Masukkan ke dalam jag.
2) Tuang adunan tadi ke atas lapisan bawah yang telah masak.
3) Kukus semula hingga masak. (cucuk dengan lidi, masak jika tidak melekat)

Sedia untuk dihidangkan.

2 comments:

liyanadiabu said...

klau xletak kapur boleh ke?

Wan said...

Fungsi kapur adalah untuk memejalkan kuih, jika tak letak kuih jadi lembik.

Related Posts with Thumbnails