Kek Lapis Hari Raya 2014

Resepi Nasi Daging Air Asam



Bahan-bahan:

1 kilo beras basmathi
½ kilo daging
1 bungkus rempah sup bunjut Adabi
1 sudu besar rempah kurma
1 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Sedikit mentega/ minyak sapi
½ cawan tomato puree
1 cawan susu cair
1 sudu teh garam

Cara penyediaan:

Rebus daging bersama rempah sup bunjut, rempah kurma dan garam sehingga empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasi.

Tumis halia, kulit kayu manis dan buah pelaga didalam periuk nasi hingga naik bau. Masukkan beras dan kacau seketika.

Masukkan air rebusan daging. Kalau beras disukat satu cawan pastikan air rebusan juga satu cawan.

Bila beras sudah mula kembang, masukkan tomato puree dan susu cair. Kacau dan biarkan nasi masak.

Hidangkan nasi daging dengan *air asam dan daging yang telah direbus tadi.

Untuk buat air asam, satukan buah tomato, hirisan bawang besar, hirisan cili merah, air asam jawa pekat, perahan limau kasturi, sedikit belacan, garam dan gula secukup rasa.

No comments:

Related Posts with Thumbnails