Tawaran Menarik!

Resepi Roti Jala bersama Gulai Ayam/ Daging




Bahan-bahan:

1) 500 gram tepung gandum
2) 500 ml air
3) 2 biji telur
4) 1 sudu teh serbuk kunyit
5) ½ sudu teh garam
6) Minyak secukupnya
7) Simpulan daun pandan sebagai berus minyak


Cara Penyediaan:

1) Bancuh tepung dengan semua bahan kecuali minyak dalam pengisar dan tapis.
2) Panaskan kuali leper dan Sapu rata permukaan kuali dengan minyak menggunakan daun
pandan.
3) Layangkan adunan dalam cawan roti jala.
4) Setelah selesai angkat dan lipatkan segi empat atau segi tiga atau boleh juga digulungkan
5) Hidang dengan *gulai ayam / daging.


*GULAI AYAM / DAGING

Bahan-bahan:
1) 250 gram daging atau ½ ekor ayam
2) 2 biji bawang merah - tumbuk bersama bahan 3 & 4
3) 2 ulas bawang putih
4) ½ inci halia
5) 1 inci kulit kayu manis - tumbuk bersama bahan 6,7 & 8
6) 1 kuntum bunga lawang
7) 2 biji buah pelaga
8) 3 kuntum bunga cengkih
9) ½ cawan santan pekat
10) 2 cawan santan cair
11) 2 biji kentang (potong 8)
12) 1 tangkai daun kari
13) 1 bungkus kecil rempah kari daging
(bancuh dengan ¼ cawan air)
14) 1 sudu makan kerisik
15) 2 sudu makan minyak masak
16) 1 ½ sudu teh garam

Cara:
1) Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah ditumbuk dan daun kari sehingga
wangi.
2) Masukkan rempah kari dan kacau sehingga terbit minyak.
3) Masukkan daging/ayam dan kentang. Kacau rata.
4) Masukkan santan cair dan kerisek dan biarkan sehingga mendidih.
5) Masukkan santan pekat. Biarkan mendidih dan reneh lagi sehingga nampak naik minyak.
6) Masukkan garam, kcau dan biarkan pekat. Tutup api. Angkat dan hidng bersama roti jala.
Sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails