Tawaran Menarik!

Resepi Smoothie Tembikai Susu dan Kiwi



Bahan-bahan:

100 ml krimer sejat (susu cair)
100 ml yogurt asli
120 gram tembikai susu
2 sudu makan madu
2 biji buah kiwi – buang kulit

Cara penyediaan:

Masukkan kesemua bahan ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus.
Tuang ke dalam gelas dan hidangkan dengan segera.

Selamat mencuba

Nota: lebih sedap jika kesemua bahan disejukkan terlebih dahulu di dalam peti ais sebelum dikisar.

No comments:

Related Posts with Thumbnails