Tawaran Menarik!

Resepi Biskut Florentines



Biskut Florentines adalah salah satu sajian tradisional masyarakat Inggeris untuk menyambut perayaan hari natal.

(Florentines Recipe – for English click here)

Bahan-bahan:

1 oz buah ceri
1.5 oz kepingan badam
2.5 oz mentega tawar (unsalted butter)
2 oz gula kastor
2 sudu makan krim berganda (double cream)
1 oz isi kuaci
0.75 oz buah-buahan kering campur
0.75 kismis
0.5 oz tepung gandum
4 oz kepingan coklat gelap (dark chocolate)


Cara penyediaan:

Pecah-pecahkan kepingan badam.

Potong kasar buah ceri.

Cairkan mentega bersama gula di atas api sehingga larut dan mendidih. Tutup api dan masukkan tepung, badam, kismis, buah-buahan kering, kuaci dan krim. Kacau hingga rata.

Griskan kertas pembakar dengan mentega di atas loyang pembakar. Letakkan satu sudu teh penuh adunan di atas kertas pembakar tersebut. Buat hingga habis. Jarakkan antara satu sama lain.

Bakar dalam ketuhar pada kepanasan 180 C selama 7 minit atau sehingga nampak tepinya keperangan.

Keluarkan dari ketuhar, gunakan penerap biskut berbentuk bulat dan terap untuk membuat bentuk bulat yang cantik. Bakar semula sehingga keseluruhannya nampak keperangan.

Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk pada suhu bilik.

Sementara itu, sediakan coklat cair secara pemanasan berlapis (double boil). Celup setiap biskut sehingga keseluruhannya tersalut. Susun atas kertas tak melekat (non-stick paper) sehingga sejuk sepenuhnya.

Sedia untuk dihidangkan. Simpan dalam bekas kedap udara jika tidak dihidangkan.

No comments:

Related Posts with Thumbnails