Jubah Baru

Resepi Nanas Masak Tumis


Bahan-bahan:

1 biji nanas – potong kecil
2 sudu makan ikan bilis
Sedikit minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan untuk dihiris:
4 tangkai cili api
2 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
4 biji bawang merah

Cara penyediaan:

Panaskan sedikit minyak masak. Tumis bahan-bahan yang telah dihiris halus bersama ikan bilis sehingga garing. Masukkan nanas dan garam secukup rasa. Kacau sehingga nanas menjadi sedikit lembut. Tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Hati Goreng Pedas


Bahan-bahan:

1 mangkuk hati ayam
8 tangkai cili api – hiris halus
2 ulas bawang putih – hiris halus
4 biji bawang besar – hiris halus
Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara Penyediaan:

Panaskan minyak. Tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris sehingga naik bau.
Masukkan hati ayam dan gaul hingga masak.
Angkat dan hidangkan.

Resepi Ikan Pari Masak Lemak Cili Api



Bahan-bahan:

1 ekor ikan pari saiz sederhana
2 mangkuk santan
1 helai daun kunyit
½ sudu teh serbuk kunyit
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Sedikit minyak masak untuk menumis

Bahan kisar:
10 tangkai cili api
3 ulas bawang merah

Cara Penyediaan:

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan santan, daunkunyit dan serbuk kunyit. Kacau rata.
Masukkan ikan pari, kacau perlahan dan didihkan hingga pekat.
Masukkan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Tutup api.

Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Kerabu Mangga



Bahan-bahan:

2 sudu besar sos ikan
sedikit belacan
125 ml santan
garam & gula pasir secukup rasa
1 cawan Kacang tanah goreng tanpa minyak - tumbuk kasar (jika suka)

Bahan dihiris/sagat :
1 kilo mangga muda
6 ulas bawang merah
2 biji tomato
1 tangkai daun ketumbar
20 biji cili padi
2 batang serai



Cara membuatnya

Satukan mangga dan bahan - bahan yang telah dihiris. Masukkan sos ikan, garam, gula pasir dan belacan, gaulkan hingga bercampur rata. Taburkan kacang tanah sebelum dihidangkan.

Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Spaghetti Lala Bercili



Bahan-bahan:

250 gram Spaghetti lidi, rebus ikut arahan pada bungkusan
1 kg lala
10 tangkai cili api – hiris nipis
180 gram susu sejat
5 ulas bawang putih – hiris nipis
1 cawan daun selasih Thai
4 sudu makan minyak zaitun
Garam dan serbuk lada secukup rasa


Cara Penyediaan:

Masukkan lala ke dalam kuali dan tutup. Panaskan hingga masak.
Setelah masak, alihkan lala ke dalam mangkuk, asing dan simpan patinya.
Masukkan minyak zaitun ke dalam kuali dan panaskan. Masukkan bawang putih dan cili api. Tumis hingga naik bau.
Masukkan pati lala dan susu sejat. Kacau dan didihkan perlahan-lahan.
Masukkan lala, daun selasih, garam dan serbuk lada secukup rasa. Kacau rata dan tutup api.
Masukkan spaghetti dan gaul rata.
Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Api




Bahan-bahan:

1 mangkuk pucuk ubi
2 mangkuk santan
Sedikit minyak masak untuk menumis
Garam secukup rasa

Bahan untuk dikisar:

1 mangkuk ikan bilis
8 tangkai cili api
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah


Cara penyediaan:

Rebus pucuk ubi hingga lembut. Toskan dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak masak dan tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan santan dan kacau hingga mendidih.
Masukkan pucuk ubi dan garam secukup rasa.
Kacau dan biarkan mereneh seketika.
Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.

Resepi Opor Daging



Bahan-bahan:

1 kg daging - dipotong nipis
60 gm jintan manis - goreng tanpa minyak, tumbuk halus
500 ml santan - dari 1 ½ biji kelapa
4 helai daun salam
Garam secukup rasa

Bahan kisar (kisar hingga halus):

200 gm buah keras
7 biji bawang merah
5 biji bawang putih
3 cm halia
3 cm lengkuas
4 batang serai

Cara Penyediaan:

1) Gaulkan jintan dengan daging dan perap selama ½ jam.
2) Masukkan santan dan bahan-bahan kisar ke dalam periuk. Panaskan dan kacau sekali-sekala hingga mendidih.
3) Masukkan daging dan daun salam, kacau perlahan-lahan hingga daging empuk dan pekat kuahnya.
4) Tambahkan sedikit air jika daging masih tidak empuk. Masukkan garam secukup rasa. Kemudian angkat dan hidangkan.

Resepi Roti Keras Freezer



Resepi Roti Keras Freezer
(Shortbread Freezer Recipe – For English Click Here)

Masa Penyediaan: 25 minit
Masa Masak: 35 minit
Jumlah sajian: anggaran 28 keping

Bahan-bahan:

1) 2 cawan tepung gandum
2) 2/3 cawan gula aising
3) 1 sudu makan tepung beras
4) 250g mentega, potong petak-petak kecil
5) 1 sudu makan gula

Cara penyediaan:

Ayak tepung bersama gula aising dan tepung beras ke dalam sebuah mangkuk. Masukkan mentega dan ramas guna hujung jari sehingga adunan menjadi serperti seperti serbuk roti. Tekan-tekan adunan untuk membentuk doh.

Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Selek setiap adunan kepada saiz 4 x 15cm. Balut ketat dengan plastik atau kertas pembakar. Masukkan ke dalam peti ais bahagian beku selama beberapa jam atau semalaman.

Panaskan ketuhar pada 160°C. Lapikkan 2 loyang pembakar dengan kertas pembakar.

Potong setiap doh yang telah dibekukan kepada kepingan 14 x 1cm. Susun setiap potongan pada loyang yang telah disediakan.

Cucuk-cucukkan setiap potongan dengan garfu dan taburkan gula. Bakar selama 15 - 20 minit atau sehingga warna keemasan. Biarkan roti keras menyejuk anggaran selama 5 minit di atas loyang pembakar sebelum dipindahkan ke rak wayar untuk disejukkan pada suhu bilik sepenuhnya.

Simpan biskut keras dalam bekas kedap udara.

Untuk variasi, tambahkan ½ cawan badam atau kacang pekan cincang pada aduan doh.

Resepi Kepak Ayam Panggang Halia



Bahan-bahan:

2 ulas bawang putih
1 ketul jeruk halia
1 sudu teh biji ketumbar
2 sudu makan jus halia
2 sudu makan kicap manis
1 sudu makan jus limau nipis
1 sudu teh minyak bijan
12 ketuk kepak ayam

Bahan hiasan:
potongan limau nipis
daun ketumbar


Cara penyediaan:

Cincang kasar bawang putih dan jeruk halia. Masukkan ke dalam lesung batu bersama biji ketumbar. Tumbuk hingga menjadi paste.Masukkan jus halia, kicap, jus limau nipis dan minuak bijan. Gaul hingga mesra.

Masukkan hujung kepak ayam ke bahagian kepak yang tebal membentuk segitiga. Buat satu per satu hingga habis. Masukkan ke dalam mangkuk yang besar.

Masukkan paste yang telah dibuat awal tadi ke dalam mangkuk berisi ayam. Gaul sehingga mesra. Tutup mangkuk itu dan simpan dalam peti ais untuk perapan selama beberpa jam atau paling baik semalaman.

Susun kepak ayam atas kertas aluminium di atas kuali leper dan bakar atas api sederhana sehingga perang keemasaan atau sehingga masak anggaran selama 12-15 minit. Balikkan-balikkan untuk semasa memasak supaya kepak ayam masak dengan sekata.

Hiaskan dengan potongan limau nipis dan daun ketumbar sebelum dihidangkan.

Selamat mencuba.

Resepi Punch Buah-buahan Tropika



Bahan-bahan (untuk 6 hidangan):

1 biji kecil mangga masak
4 sudu makan perahan limau nipis
1 sudu teh parutan halia segar
1 sudu makan gula merah
300 ml jus oren
300 ml jus nanas
100 ml air
Ketulan ais

Bahan hiasan:
hirisan buah oren
hirisab limau nipis
potongan nanas
potongan buahbelimbing


Cara penyediaan:

Buang kulit mangga, ambil isi dan buang bijinya. Masukkan isi mangga ke dalam pengisar (blender) bersama perahan limau, gula merah dan air. Kisar hingga halus.

Masukkan jus oren dan jus nanas. Kisar beberapa saat supaya mesra.

Bahagikan ketulan ais ke dalam 6 gelas hidangan. Tuang punch sama rata pada setiap gelas. Hias setiap gelas dengan bahan hiasan.

Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Kuih Lopes



Resepi Kuih Lopes
(Steamed Glutinous Rice with Palm Sugar Syrup Recipe – Click here for English)

Untuk 20 keping

Bahan-bahan:

2 helai daun pandan) – tumbuk dan campurkan 1 sudu makan air, ambil jusnya
500 ml air
400 g beras pulut – cuci dan tos
1 sudu teh garam
20 helai daun pisang bersaiz 3” x 9”
200 g kelapa parut putih, gaul bersama 1 sudu teh garam


Cara Penyediaan:

Satukan jus pandan, air dan beras pulut dalam periuk. Tanak hingga mendidih atas api sederhana. Masukkan garam dan gaul rata. Teruskan masak hingga hampir kering. Kecilkan api dan biarkan sehingga pulut masak.

Lipat daun pisang membentuk kon. Masukkan 2 sudu beras pulut yang telah ditanak dan balut dengan kemas.

Susun dalam pengukus dan kukus selama 20-30 minit. Tutup api dan sejukkan pada suhu bilik.

Sebelum dihidang, buka pembalut daun pisang, masukkan pulut ke dalam pinggan hidangan dan gaul bersama kelapa parut. Tuangkan air gula sira.


.:: Air Gula Sira::.

90 g gula sira – pecah-pecahkan
90 g gula kastor
500 ml air

Satukan kesemua bahan dalam periuk dan panaskan hingga mendidih dan gula larut sepenuhnya. Tapis.

Resepi Udang dan Skalop Masak Kunyit



Resepi Udang dan Skalop Masak Kunyit
(Turmeric Prawns and Scallops Recipe - for English click here)
Masa untuk penyediaan 10 minit
Masa untuk masak 15 minit
Hidangan untuk 4

Bahan-bahan:

30g mentega
1 sudu makan minyak masak
2 sudu makan cili sos
3 ulas bawang putih, diketuk
2 cubit serbuk kunyit
2 ½ sudu makan perahan lemon
300ml krim pekat (thickened cream)
500g udang saiz sederhana besar – kopek kulit kecuali ekor
300g skalop
Garam secukup rasa
¼ cawan potongan daun bawang
Kepingan roti bakar dan potongan buah lemon untuk hidangan


Cara penyediaan:

Panaskan kuali. Masukkan mentega dan minyak masak. Masak hingga cair dan mesra. Masukkan cili sos, bawang putih dan kunyit. Goreng selama seminit.

Masukkan jus lemon dan biarkan mendidih. Kacau selama seminit. Masukkan krim dan biarkan mendidih. Kecilkan api dan biarkan di atas api hingga menjadi pekat, anggaran selama 5 minit.

Masukkan udang dan skalop. Kacau selama 3 minit atau sehingga masak. Masukkan garam secukup rasa. Taburkan daun bawang, kacau dan tutup api.

Sedia untuk dihidangkan bersama roti bakar dan potongan buah lemon.

Resepi Puding Roti Oren



(Orange Bread Pudding Recipe - Click here for English)

Masa penyediaan: 15 minit
Masa untuk masak: 35 minit
Sajian untuk 8 orang

Bahan-bahan:

7 keping roti
4 biji telur
300ml susu
120ml jus oren
65g gula
½ sudu makan kulit limau parut
25g mentega- cairkan
½ cawan buah-buahan kering campuran (raisins, ceri hijau, ceri merah, cranberries)
Gula halus atau jem apprikot untuk manisan dan hiasan tambahan

Cara Penyediaan:

Panaskan ketuhar pada suhu 180°C.

Buang bahagian kulit roti dan potong petak-petak kecil. Ketepikan.

Pukul telur, susu, jus oren, gula dan kulit limau.

Gris bekas untuk masak puding, susun separuh roti untuk lapisan pertama, tuang separuh adunan telur, susun sebahagian lagi roti dan tuang keseluruhan baki adunan telur.

Tuang keseluruhan bahagian atas dengan separuh mentega cair. Taburkan buah-buahan kering dan tuang keseluruhan baki mentega cair.

Masukkan bekas puding ke dalam tray logam dan masukkan ke dalam ketuhar dan bakar pada suhu 180°C selama 35 minit atau sehingga masak (uji dengan cucukan lidi).

Sebelum dihidangkan, ayaksedikit gula halus atau beruskan jem apprikot yang dipanaskan untuk tambah kemanisan dan untuk hiasan. Hidangkan panas-panas.

Resepi Croquette Kentang dan Sardin



Resepi Croquette Kentang dan Sardin
(Potato & Sardine Croquette Recipe - Click here for English)

Bahan-bahan:

1 sudu makan minyak zaitun
1 biji bawang besar - cincang
200g sardin dalam tin
3 biji kentang - rebus, kupas kulit & lenyek
Garam dan serbuk lada sulah/lada hitam secukup rasa
1.5 sudu makan sweet relish (sejenis acar - boleh didapati di pasaraya)
2 biji limau nipis - ambil jusnya sahaja
1 biji telur
2 cawan serbuk roti
1 cawan minyak masak

Cara penyediaan:

Panaskan minyak zaitun dalam kuali. Masukkan bawang dan tumis hingga layu.
Masukkan sardin dan kentang lenyek. Hancurkan sardin dan tambahkan garam serta serbuk lada secukup rasa. Tutup api.

Masukkan sweet relish dan jus limau. Gaul hinga mesra. Biarkan sejuk sedikit anggaran selama 5 minit.

Ambil sedikit adunan dan bentukkan seperti oval dengan menggunakan tangan. Buat hingga habis.

Letakkan serbuk roti ke dalam pinggan leper.

Pukul telur dan celup setiap croquette satu per satu. Golekkan croquette yang telah dicelup pada serbuk roti sehingga tersalut dengan sempurna. Susun dalam pinggan leper atau dulang dan sejukkan ke dalam peti ais selama 30 minit.

Panaskan minyak masak. Goreng croquette sehingga warna keemasan dan rangup.

Sedia untuk dihidangkan bersama mayonis atau sos thoudsand island.

Resepi Biskut Florentines



Biskut Florentines adalah salah satu sajian tradisional masyarakat Inggeris untuk menyambut perayaan hari natal.

(Florentines Recipe – for English click here)

Bahan-bahan:

1 oz buah ceri
1.5 oz kepingan badam
2.5 oz mentega tawar (unsalted butter)
2 oz gula kastor
2 sudu makan krim berganda (double cream)
1 oz isi kuaci
0.75 oz buah-buahan kering campur
0.75 kismis
0.5 oz tepung gandum
4 oz kepingan coklat gelap (dark chocolate)


Cara penyediaan:

Pecah-pecahkan kepingan badam.

Potong kasar buah ceri.

Cairkan mentega bersama gula di atas api sehingga larut dan mendidih. Tutup api dan masukkan tepung, badam, kismis, buah-buahan kering, kuaci dan krim. Kacau hingga rata.

Griskan kertas pembakar dengan mentega di atas loyang pembakar. Letakkan satu sudu teh penuh adunan di atas kertas pembakar tersebut. Buat hingga habis. Jarakkan antara satu sama lain.

Bakar dalam ketuhar pada kepanasan 180 C selama 7 minit atau sehingga nampak tepinya keperangan.

Keluarkan dari ketuhar, gunakan penerap biskut berbentuk bulat dan terap untuk membuat bentuk bulat yang cantik. Bakar semula sehingga keseluruhannya nampak keperangan.

Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sejuk pada suhu bilik.

Sementara itu, sediakan coklat cair secara pemanasan berlapis (double boil). Celup setiap biskut sehingga keseluruhannya tersalut. Susun atas kertas tak melekat (non-stick paper) sehingga sejuk sepenuhnya.

Sedia untuk dihidangkan. Simpan dalam bekas kedap udara jika tidak dihidangkan.

Resepi Kek Pisang / Banana Bread



Resepi Kek Pisang
(Banana Bread Recipe - Click here for Engish)

Bahan-bahan:


250 gram gula
500 gram tepung gandum
2 biji telur
1 sudu maka susu
½ sudu teh garam
1 cawan pisang lenyek – pisang masak
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh serbuk penaik
½ cawan mentega

Cara penyediaan:

Putar mentega dan gula sehingga ringan dan gebu.
Masukkan telur yang telah dipukul sedikit diikuti susu dan pisang lenyek.
Masukkan tepung, baking soda, serbuk penaik dan garam. Putar/kacau hingga mesra dan tuangkan ke dalam loyang roti/kek yang telah digris dengan mentega.
Bakar dalam ketuhar pada suhu sederhana sehingga masak, anggaran selama sejam. Cucuk dengan lidi untuk pastikan kek masak.
Sedia untuk dihidangkan panas-panas atau sejuk. Sedap dimakan bersama aiskrim atau sos kastard.

Resepi Kuih Gulung (Kuih Ketayap)



Bahan-bahan :

Inti:

1) ½ biji kelapa parut
2) ¼ cawan gula kabung
3) ½ cawan gula pasir
4) 1 helai daun pandan
5) ¼ cawan air

Kulit :
1) 1 cawan tepung gandum
2) 1 cawan jus pandan
3) ½ cawan susu segar
4) 1 biji telur
5) ½ sudu teh garam

Cara penyediaan :

Inti:
1) Gaulkan kesemua bahan inti dalam kuali dan masak atas api yang sederhana.
2) Kacaukan inti hingga merengas dan separa kering. Angkat dan ketepikan.

Untuk kulit :

1) Satukan semua bahan di dalam mangkuk. Kacau sebati dan tapisk.
2) Panaskan kuali leper (pan) dan sapu rata dengan minyak masak/ marjerin.
3) Tuangkan sesenduk adunan dan lengganglenggangkan kuali tadi supaya adunan rata dan
nipis. Setelah masak, angkat dan ketepikan.
4) Ratakan kulit, letak sedikit inti di tengah-tengahnya.Lipat bahagian kiri dan kanan. Gulung kemaskemas. Buat hingga habis.

Sedia untuk dihidangkan.
Related Posts with Thumbnails